Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


MEMBACA SURAH DAN DOA UNTUK PESAKIT
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
MEMBACA SURAH DAN



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 8-Aug-2007 10:33


PUSAT RAWATAN GSHAHMISTERI CARA-CARA RAWATAN DI JALANKAN OLEH PERAWAT

Sebelum memulakan rawatan untuk menangkap Mahkluk Jin atau Hantu, pesakit akan di beri air yang di bacakan dengan surah-surah dan doa-doa dan di minum.Dengan Izin ALLAH setiap penyakit dan setiap perkara itu berlaku adalah atas kehendak ALLAH.

Langkah pertama adalah mengesan gangguan kepada pesakit.(Scaning)

Mengesan akan mengambil masa lebih kurang 10 hingga 20 minit,sekiranya terdapat gangguan di dalam atau di luar tubuh pesakit, pesakit akan berkelakuan yang pelik atau ganjil seperti ;

a. Berlaku pergerakan yang kuat pada jari tangan, kaki, mata dan pada seluruh anggota badan pergerakan yang ringan atau yang sangat kuat.

b. Jin akan berkata-kata atau menjerit-jerit dengan menggunakan jasad pesakit, semasa ini pesakit antara sedar atau tidak sedar.

c. Jin akan meminta tolong atau merayu-rayu meminta supaya di lepaskan.

Langkah ke dua berdailog dengan Jin tersebut dan menangkap serta mengeluarkannya.

a. Bertanya asal usul Jin tersebut, namanya, ugamanya, tempat asalnya dan siapa tuannya.

b. Memaksa Jin tersebut untuk bertaubat dan memeluk Islam dengan cara baik atau dengan cara yang menyeksakan,serta memohon maaf kepada pesakit atau mereka yang terlibat.

c. Mengislamkan Jin tersebut dan memberitahu perkara yang betul di dalam Islam.

d..Menghantar Jin tersebut ke Mekah dan meminta pertolongan kepada ALLAH semata-mata.

e. Setelah Jin di keluarkan pesakit akan di mandi oleh Waris/Wakil untuk menghilangkan bekas-bekas yang di tinggalkan oleh Jin tersebut.

f. Pesakit akan di beri amalan-amalan dan pesanan-pesanan untuk supaya gangguan tidak akan berulang kembali. InsyaAllah.



APA ITU WAKIL...........?

Assalamualaikum untuk saudara saudari,........disini saya Insya-Allah saya nyatakan serba sedikit pertanyaan dan keraguan terhadap rawatan yang saya jalankan.Terima kasih atas prihatin saudara saudari.

Wakil.....saya istilahkan wakil adalah pengganti pesakit yang tidak mampu atau tidak dapat hadir semasa rawatan kerana terlalu uzur atau kerana keengganan pesakit untuk tujuan rawatan.
Wakil adalah dari keluarga tak kira siapa tetapi ada pertalian kepada pesakit. Ini tujuan adalah untuk menghindarkan dari pembohongan berlaku.

Cara rawatan saya adalah berdailog dengan musuh Allah Insya-Allah, jadi sekiranya wakil berbohong semasa berdailog itu urusan mereka saya hanya berusaha merawat sahaja.Saya pasti mereka tidak berlakon kerana tengok cara mereka menjerit dan meronta pun tahu siapa dia.....

Air dan garam..........air eloklah dibawa oleh pesakit kerana saya takut nanti pesakit atau waris kata saya bubuh sesuatu didalam air,....jadi puas hati pesakit bawa air sendiri dan garam untuk mandi,...

Alhamdulillah saya doakan Saudara-saudari sihat dan dijauhkan dari penyakit-penyakit Misteri kerana penyakit ini tak nampak dan nak pulih pun payah. Semoga berjaya dalam amal ibadah dan ALLAH merahmati kita semua.

Dan nasihat saya, hindarilah diri anda dari berjumpa dengan Bomoh atau Dukun ini kerana dari perbuatan ini akan lebih menyesatkan serta memudahkan lagi golongan Syaitan menyakitkan anda serta merosakkan Akidah anda. Insya-Allah. Wassalam.

Waris..........?

Waris adalah Isteri atau Suami atau Anak atau saudara yang terdekat yang boleh membantu menyelesaikan masalah pesakit dengan menggunakan jasad Waris sementara untuk menangkap Gangguan yang terdapat pada Pesakit.
Waris adalah sama seperti Wakil yang rela hati untuk membantu Pesakit.



PENJELASAN TENTANG SAKA

Ramai pesakit saya yang musykil tentang panggilan yang diberikan oleh orang tua-tua dahulu tentang Mahkluk halus yang mengganggu atau mendamping sesaorang jadi saya di sini ingin berkongsi serba sedikit dari pengalaman saya dengan izin ALLAH.


1. Apa itu Saka.............. :omg: :good_evil_balance:

Saka adalah dari belaan orang tua-tua atau dari warisan dahulu(atuk moyang)yang banyak digunakan untuk tujuan berperang,berkebun,menjaga kebun,kebal,boleh ghaib,kecantikkan,sihir,kekuatan,
bersilat dan sebagainya yang digunakan oleh orang-orang dulu.Tetapi sekarang masih ada individu yang mengamalkan.

Kebanyakan Saka ini adalah dari golongan Jin dan Syaitan yang berugama atau pun tidak.Jin ini akan diberi makan mengikut perjanjian yang dibuat oleh pengamalnya,ada yang setiap hari atau setiap bulan atau setiap tahun,Saka ini akan berdamping dengan tuannya untuk tujuan menjaganya dari bahaya atau peperangan. :lol_crash:

Apabila tuannya meninggal dunia Saka ini akan memilih untuk mendampingi waris tuannya atas pilihan tuannya atau atas pilihan saka tersebut,diantara anak atau cucu tuan lamanya.Kebanyakkan waris yang mempunyai saka tersebut tidak tahu menahu tentang adanya saka didirinya sehingga berlakunya gangguan terhadap diri tersebut.Ada yang mengetahuinya tetapi merahsiakan tetapi tidak dapat mengawal Saka tersebut hinggalah saka tersebut melakukan sesuatu atas tujuan yang tertentu.

Saka juga boleh berlaku kepada individu yang menuntut ilmu kebatinan yang terpesong dari akidah Islam.Tujuan yang sama untuk pendinding badan,perniagaan,pengaruh,kebal,kecantikkan dan sebagainya.Ada juga individu ini menggunakan mahkluk ini sebagai tangkal,cincin,minyak wangi,susuk atau wafak sebagai tempat mahkluk tersebut duduk.Boleh juga dipanggil Kadam,apabila tuannya dalam keadaan nazak mahkluk ini akan berpindah kepada pewaris yang lemah atau yang disukai. :fear:

Pada hari ini ramai yang saya jumpa mereka memakai cincin yang orang kata ada isi,cuba anda tanya kepada kawan-kawan anda yang memakai cincin yang pelik-pelik,tentu sekali mereka akan berkata dengan yakin.........untuk pendinding,pelaris,ong dan sebagainya.Cuba fikirkan. $-)
:head_bang:


2. Sihir............. :devil_wagging:

Sihir adalah gangguan yang berlaku keatas sesaorang yang mengakibatkan penyakit atau gangguan fikiran yang amat rumit,Sihir berlaku disebabkan Jin atau Syaitan yang dihantar oleh sesaorang yang berdendam atau dengki atau cemburu dengan menggunakan khidmat sesaorang yang menggunakan secara ilmu hitam atau memuja Jin atau syaitan dengan jalan yang terpesong dari ajaran Islam.

Sihir mudah dilakukan dan amat rumit untuk di selesaikan tetapi setiap penyakit itu ada ubatnya. ALLAH sahaja yang mengetahui dan menentukan.

Kebanyakkan Sihir yang selalu berlaku adalah Sihir penyakit yang Kronik tetapi tidak dapat dikesan oleh pihak Doktor atau pakar.Dari pengalam saya yang lalu saya dapati Jin sihir ini akan duduk di dalam badan atau urat saraf orang yang terkena sihir ini untuk menyakitkan anggota badan atau organ pesakit sehingga pesakirt menderita bertahun-tahun lamanya.Ada juga yang boleh menguasai pesakit sehingga pesakit tersebut menjadi gila atau mengganas.

Sihir juga boleh berlaku kepada keluarga yang terdekat seperti suami isteri,anak-anak atau ibu bapa,ini menyebabkan keadaan huruhara, berlalu pergaduhan,permusuhan yang memelikkan.Sihir yang serius adalah sihir yang berulang iaitu setelah dirawat ia berulang kembali disebabkan dari pihak penghantar yang tidak berpuas hati kerana sihirnya tidak berkesan lagi,lalu menghantar kembali menggunakan khidmat pemuja yang lain sekiranya pemuja yang lama tewas.

Biasanya dengan Izin ALLAH sihir ini akan pulih apabila pihak penghantar dan pemuja dimusnahkan atau diberi balasan yang setimpal atas kekufuran mereka oleh ALLAH S.W.T.


3. Tumpangan atau dampingan.................. :good_evil: :ty_ty:

Tumpangan atau dampingan berlaku kepada sesaorang yang lemah imannya atau semangatnya,banyak berlaku kepada kaum wanita ada juga berlaku pada kaum lelaki tetapi jarang-jarang.Kebanyak berlaku apabila Jin atau Syaitan tersebut bermusuh atau berminat terhadap sesaorang manusia terutama wanita,kenapa?......kerana kecantikkan,aurat yang terbuka(nafsu)atau dari niat atau perkataan yang diucapkan.

Jin tersebut datangnya dari mana sahaja,mungkin dirumah,dijalanan,dihutan,diperkelahan atau dipermis pekerjaan dimana saja.Sama seperti manusia yang meminati sesaorang Cinta pandang pertama.Begitu juga Jin dan Syaitan.................

Jin yang bermusuh pula memasuki tubuh sesaorang disebabkan dendam atau marah kerana sesuatu sebab,seperti pesakit telah mengganggu tempat kediamannya atau telah mencederakan keluarganya atau dirinya sendiri,dengan sengaja atau tidak. :mad_curse:

Pesakit akan menderita sakit atau pesakit akan banyak berhayal seperti orang bercinta,hidup mereka seakan mempunyai 2 alam.


HISTERIA DAN RASUKKAN DI SEKOLAH DAN MAKTAB

Banyak berlaku Histeria dan rasukkan disekolah-sekolah, asrama dan maktab.Kenapa ia kerap berlaku di kawasan seperti itu.Saya dapati ada 2 perkara yang menyebabkan berlaku:

1. Gangguan dari penghuni yang tak nampak kepada murid-murid kerana sikap dan tanggungjawap murid tersebut.

2. Disebabkan sihir dari pihak lain tujuan mengganggu pelajar dan guru-guru disekolah tersebut.

Histeri adalah sementara saja dan InsyaAllah mudah dirawat,tetapi sihir agak berlainan kerana ia melibatkan orang ke tiga iaitu sipengupah dan sipembikin.Rawatannya sama saja cuma ia agak lambat sedikit cara pemulihannya kerana ia akan berulang.Hanya doa usaha dan berserah itu yang terbaik.

Untuk mengatasinya Insya-Allah Guru-guru dan murid mestilah menambah amalan kekuatan diri dan kebersihan diri.

USTAZ AZIZI BIN HJ MISBAH (PERAWAT)
TEL : +6016-7495801

SILA HUBUNGI PERAWAT UNTUK TEMUJANJI.
SILA HADIR BERSAMA WARIS ATAU RAKAN SEMASA RAWATAN.
UNTUK RAWATAN SILA BAWA SEBOTOL AIR MINERAL 1 LITER.
JADUAL RAWATAN:
SETIAP HARI ISNIN HINGGA AHAD DI KLUANG
(SILA HUBUNGI PERAWAT UNTUK TEMUJANJI)


AL-QURAN DIGITAL UNTUK KEMUDAHAN ANDA


BELAJAR, MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN DENGAN MUDAH DAN CEPAT
DENGAN AL-QURAN DIGITAL INSYA-ALLAH ANDA MAMPU MEMBACA, MENGHAFAZ SERTA MEMBETULKAN SEBUTAN DAN MEMAHAMI MAKNA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN DENGAN BETUL DAN JELAS. HANYA MEMERLUKAN MASA ANDA DIRUMAH ATAU DIMANA SAHAJA MENGIKIT KELAPANGAN WAKTU ANDA.


UNTUK TEMPAHAN DAN KETERANGAN SILA HUBUNGI WAKIL SAH KHALEEFA SDN BHD.
USTAZ AZIZI BIN HJ MISBAH NO H/P DAN ALAMAT DIATAS.
HARGA SEUNIT RM288.00 (JAMINAN SETAHUN)





© Pidgin Technologies Ltd. 2014.